Archive

Posts Tagged ‘5 amal masjid’

Hidupkan 5 Amal Masjid Dengan Dakwah

January 26, 2011 Leave a comment

Kita ada satu silap faham dengan dakwah. Kita rasa dakwah hanya untuk orang yang bukan/belum Islam. Sebenarnya dakwah juga untuk orang yang sudah pun beriman.

Firman Allah Taala: (Wahai orang-orang yang beriman! Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya… ) (An-Nisaa’ 4: 136) Mufassirin menyatakan makna ayat ini seolah-olah menyatakan, ”Wahai orang-orang yang beriman, hiduplah kamu dengan kehidupan yang beriman. Iman yang sempurna dan amalan yang sempurna.” Iman yang ada di dalam hati, mazharnya ada dalam kehidupan dan amalan kita.”

Satu lagi salah faham kita terhadap kerja dakwah ialah bahawa dakwah itu adalah untuk memperbaiki orang lain. Bukan begitu. Manfaat dakwah yang utama ialah untuk islah (memperbaiki/memperbetulkan) diri kita.

Firman Allah Taala: (Dan (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka, engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran kepadanya mereka tidak akan beriman.) (Ya Sin 36:10) Perkataan ’mereka’ di dalam ayat ini, merujuk kepada ’golongan yang didakwah’. Kesan dakwah kepada mereka sama sahaja, tetapi kepada ’orang yang melakukan dakwah’ ada manfaatnya untuk diri mereka itu sendiri.

Firman Allah Taala: “(Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk.)” (Al-Ankabut 29: 6)

Advertisements
Categories: Dakwah Tags: , , ,

Apa Itu 5 Amal Masjid?

January 25, 2011 Leave a comment

Apakah 5 amal masjid?

Jika ditanya kepada saudara-saudara Islam, rata-rata umat Islam masih tidak berapa pasti apakah itu 5 amal masjid.

5 amal masjid itu adalah amalan-amalan orang Islam yang telah wujud di Masjid Nabawi pada zaman Baginda Nabi Muhammad SAW.

Kelima-lima amal tersebut adalah ASAS kepada 4 amalan besar dalam agama iaitu:

  1. Dakwah
  2. Taalim wa Taalum (Belajar dan Mengajar)
  3. Ibadat
  4. Khidmat

Untuk mengamalkan keseluruhan 4 amalan besar tersebut, maka, para ulama telah mengariskan agar setiap orang Islam untuk membuat 5 amal masjid. Lima amal jemaah masjid tersebut adalah:

  1. Mesyuarat / Fikir Harian: hal ehwal agama di kampung kita. Apa kerja telah dibuat semalam dan apa lagi kerja kita perlu buat supaya 100% orang di kampung kita taat Allah SWT ikut sunnah Nabi SAW.
  2. Usaha Harian: beri masa di masjid 8 jam setiap hari, sekurang-kurangnya 2½jam untuk buat apa yang telah dimesyuaratkan.
  3. Taalim Harian: bacaan hadis kelebihan amal supaya kita cinta untuk bersolat, baca quran, zikir, bersedekah dsb. Bacaan dibuat di masjid dan di rumah masing2, sekali sehari (30 minit). Taalim rumah beserta Muzakarah 6 Sifat Sahabat. Boleh didownload secara percuma di sini.
  4. Ziarah Mingguan: Ziarah / Gasyt 1 – dari rumah ke rumah seminggu sekali untuk bersilaturahim di kampung kita dan Ziarah / Gasyt 2 – di kampung berdekatan.
  5. Keluar Ke Jalan Allah Bulanan dan Tahunan: keluar ke surau / masjid lain selama 3 hari setiap bulan dan 40 hari setiap tahun.

 

Hidupkan 5 Amal Masjid – Download Muzakarah 6 Sifat Sahabah untuk Taalim Rumah

January 23, 2011 2 comments

Assalamualaikum,

Selamat datang ke blog 5 amal masjid yang bertujuan untuk menyampaikan kebaikan ke seluruh alam. Doakan hidayat untuk diri saya yang serba kekurangan ini.

Salah satu 5 amal masjid adalah setiap orang Islam perlu hidupkan taalim rumah sekurang-kurangnya selama 30 minit. 20 minit pertama dibacakan hadith kelebihan amal dari buku Fadhilat Amal oleh Maulana Zakariyya atau buku Muntakhab Ahadith oleh Maulana Yusof Khandahlawi.

Selepas itu terdapat sesi muzakarah 6 sifat sahabat. Jika tuan-tuan telah buat Al-hamdulillah. Jika belum, sila download MUZAKARAH 6 SIFAT JAN 2011 untuk dibaca dan dihafal semasa amal taalim rumah dan usahakan agar 6 sifat mulia ini dapat kita amalkan dalam kehidupan kita. Amin.

Jika terdapat kekurangan atau kesilapan boleh tuan tegur ya.

MUZAKARAH 6 SIFAT SAHABAH