Archive

Author Archive

Fadhilat Al-Quran – Kelebihan Al-Quran

Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa’at kepada pembacanya.
( Riwayat Muslim )

Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah A-li ‘Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya. ( Riwayat Muslim )

Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda : Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca Al Quran. ( Riwayat Muslim )

Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata : Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf. ( Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih )

Ingin tahu cara termudah untuk FAHAMI ‘big picture’ Al-Quran & HAFAZ surah idaman SEKALIGUS…
– tak kira sesibuk manapun anda, ‘start’ menghafaz seperti ‘pro’ sekarang? Ketahui sekarang…

Kenapa Guna Buku Taalim Kitab Fadhilat Amal – Maulana Zakariyya Al-Kandahlawi?

March 13, 2011 1 comment

Salam.

Salah satu dari 5 amal masjid adalah menghidupkan ta’alim fadha’il di masjid / surau dan juga di rumah pada setiap hari.

Berdasarkan kisah para Sahabat Radhiallahu ‘anhum, apabila Baginda Nabi S.A.W menyampaikan firman Allah Taala dan juga sabdaan Baginda, maka mereka akan berada disamping baginda dan mendengar dengan penuh tawajuh.

Pada kebiasaannya Baginda S.A.W akan mengulangi sabdaan Baginda sebanyak 3 kali dan setiap apa yang disabdakan oleh Baginda S.A.W akan terus dapat diingati oleh para Sahabat r.’anhum di Masjid Nabi. (Ta’alim Masjid)

Para sahabat r.’anhum pula akan kembali ke rumah dan menyampaikan sabdaan Baginda S.A.W. kepada isteri dan juga anak-anak mereka yang sentiasa menunggu-nunggu wahyu dari langit dan sabdaan Baginda Nabi S.A.W untuk mereka amalkan. (Ta’alim Rumah)

Persoalannya, bagaimana kita boleh menghidupkan kembali amalan para sahabat yang kebanyakan orang mengatakan amalan taalim rumah ini bidaah? Kerana pada pengetahuan mereka Nabi SAW tidak pernah buat di rumah Baginda sendiri.

Jika diteliti, pada hari ini terdapat banyak riwayat hadith dari A’isyah R.anha. Maka sudah semestinya Nabi SAW telah mengajarkan kepada isteri kesayangannya di rumah. Kerana kita tidak faham akan sirah Nabi SAW, maka kita terus menghukum bidaah. Minta ampun dan perlindungan dari Allah Taala.

Taalim Masjid pula berdasarkan ramai periwayat-periwayat hadith terutama Abu Hurairah R.anhu yang dapat meriwayatkan beribu hadith. Jika tiada sesi taalim di Masjid Nabawi, bagaimana beliau boleh meriwayatkan beribu hadith jika Nabi SAW tidak mengajarkan wahyu dan hadith di Masjid Nabawi?

Oleh kerana kelemahan kita pada hari ini, kekuatan ingatan kita tidak begitu kuat walau kita telah mendengar sabdaan Baginda S.A.W berkali-kali.

Oleh yang demikian, berkat kesungguhan Maulana Zakariyya Al-Kandahlawi rah., beberapa kitab tentang kelebihan amal telah dikarang dan disusun untuk kita orang ‘ajam (bukan arab).

Hasil pengorbanan Maulana Zakariyya rah., terdapat kitab yang dapat diterbitkan:

  1. Fadhilat Solat
  2. Fadhilat Al-Quran
  3. Fadhilat Zikir
  4. Fadhilat Tabligh
  5. Fadhilat Ramadhan (Dibaca sebelum dan semasa Ramadhan)
  6. Fadhilat Haji
  7. Fadhilat Sedekah (Dibaca secara infiradi atau sendiri)
  8. Kisah Para Sahabat

Bagi orang arab, buku taalim kitab Riadhus Shalihin karangan Imam Nawawi dijadikan kitab kelebihan amal untuk mereka.

Video di bawah adalah sebagai kupasan ulama bahawa karangan Maulana Zakariyya rah. boleh dibaca oleh orang Islam bukan arab (‘ajam).

Maka, saya ingin pesan pada diri saya dan semua umat Muhammad SAW hingga kiamat, bahawa hindarkan diri kita dari bercakaran dalam hal uslub yang tidak mendatangkan kebaikan malah keburukan yang akan kita dapat.

Jika kita kata amalan ini bidaah, cuba kita semak diri kita sendiri, amalan makan hingga kenyang adalah bidaah, memakai pakaian hingga melepasi tumit kaki bagi lelaki adalah bidaah, tidak menutup kepala adalah bidaah, menyimpan misai adalah bidaah, membuang janggut adalah bidaah, makan menggunakan meja adalah bidaah, etc., etc. dan banyak lagi.

Pada hari ini, himpunan kitab-kitab Fadhilat Amal telah dapat disatukan menjadi satu kitab dan boleh didapati dikedai-kedai buku orang Islam.

Semoga Allah beri saya dan tuan-tuan taufik untuk kita amal dan sampaikan.

Hidupkan 5 Amal Masjid Dengan Dakwah

January 26, 2011 Leave a comment

Kita ada satu silap faham dengan dakwah. Kita rasa dakwah hanya untuk orang yang bukan/belum Islam. Sebenarnya dakwah juga untuk orang yang sudah pun beriman.

Firman Allah Taala: (Wahai orang-orang yang beriman! Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya… ) (An-Nisaa’ 4: 136) Mufassirin menyatakan makna ayat ini seolah-olah menyatakan, ”Wahai orang-orang yang beriman, hiduplah kamu dengan kehidupan yang beriman. Iman yang sempurna dan amalan yang sempurna.” Iman yang ada di dalam hati, mazharnya ada dalam kehidupan dan amalan kita.”

Satu lagi salah faham kita terhadap kerja dakwah ialah bahawa dakwah itu adalah untuk memperbaiki orang lain. Bukan begitu. Manfaat dakwah yang utama ialah untuk islah (memperbaiki/memperbetulkan) diri kita.

Firman Allah Taala: (Dan (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka, engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran kepadanya mereka tidak akan beriman.) (Ya Sin 36:10) Perkataan ’mereka’ di dalam ayat ini, merujuk kepada ’golongan yang didakwah’. Kesan dakwah kepada mereka sama sahaja, tetapi kepada ’orang yang melakukan dakwah’ ada manfaatnya untuk diri mereka itu sendiri.

Firman Allah Taala: “(Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk.)” (Al-Ankabut 29: 6)

Categories: Dakwah Tags: , , ,

Apa Itu 5 Amal Masjid?

January 25, 2011 Leave a comment

Apakah 5 amal masjid?

Jika ditanya kepada saudara-saudara Islam, rata-rata umat Islam masih tidak berapa pasti apakah itu 5 amal masjid.

5 amal masjid itu adalah amalan-amalan orang Islam yang telah wujud di Masjid Nabawi pada zaman Baginda Nabi Muhammad SAW.

Kelima-lima amal tersebut adalah ASAS kepada 4 amalan besar dalam agama iaitu:

  1. Dakwah
  2. Taalim wa Taalum (Belajar dan Mengajar)
  3. Ibadat
  4. Khidmat

Untuk mengamalkan keseluruhan 4 amalan besar tersebut, maka, para ulama telah mengariskan agar setiap orang Islam untuk membuat 5 amal masjid. Lima amal jemaah masjid tersebut adalah:

  1. Mesyuarat / Fikir Harian: hal ehwal agama di kampung kita. Apa kerja telah dibuat semalam dan apa lagi kerja kita perlu buat supaya 100% orang di kampung kita taat Allah SWT ikut sunnah Nabi SAW.
  2. Usaha Harian: beri masa di masjid 8 jam setiap hari, sekurang-kurangnya 2½jam untuk buat apa yang telah dimesyuaratkan.
  3. Taalim Harian: bacaan hadis kelebihan amal supaya kita cinta untuk bersolat, baca quran, zikir, bersedekah dsb. Bacaan dibuat di masjid dan di rumah masing2, sekali sehari (30 minit). Taalim rumah beserta Muzakarah 6 Sifat Sahabat. Boleh didownload secara percuma di sini.
  4. Ziarah Mingguan: Ziarah / Gasyt 1 – dari rumah ke rumah seminggu sekali untuk bersilaturahim di kampung kita dan Ziarah / Gasyt 2 – di kampung berdekatan.
  5. Keluar Ke Jalan Allah Bulanan dan Tahunan: keluar ke surau / masjid lain selama 3 hari setiap bulan dan 40 hari setiap tahun.

 

Hidupkan Taalim Rumah – Asas Kebahagiaan Rumahtangga

January 24, 2011 Leave a comment

Salah satu warisan berharga pada hari ini yang semakin kurang dipraktikkan dalam keluarga adalah sesi taalim di rumah yang bermaksud perkongsian ilmu antara ahli keluarga yang dulunya menjadi sebahagian daripada budaya kehidupan dalam berkeluarga.

Dalam budaya hidup Melayu dulu, ta’alim di rumah suatu perkara biasa kerana ia bukan saja dapat mempertemukan seluruh ahli keluarga, tetapi juga berlangsungnya sesi berkumpul pada waktu malam bagi membolehkan seluruh ahli keluarga mendalami al-Quran dengan ibu bapa sebagai penunjuk.

Begitulah serba sedikit nukilan dari Berita Harian bertarikh 13 Mei 2010. Baca petikan penuh Hidupkan Sesi Taalim Rumah

Hidupkan 5 Amal Masjid – Download Muzakarah 6 Sifat Sahabah untuk Taalim Rumah

January 23, 2011 2 comments

Assalamualaikum,

Selamat datang ke blog 5 amal masjid yang bertujuan untuk menyampaikan kebaikan ke seluruh alam. Doakan hidayat untuk diri saya yang serba kekurangan ini.

Salah satu 5 amal masjid adalah setiap orang Islam perlu hidupkan taalim rumah sekurang-kurangnya selama 30 minit. 20 minit pertama dibacakan hadith kelebihan amal dari buku Fadhilat Amal oleh Maulana Zakariyya atau buku Muntakhab Ahadith oleh Maulana Yusof Khandahlawi.

Selepas itu terdapat sesi muzakarah 6 sifat sahabat. Jika tuan-tuan telah buat Al-hamdulillah. Jika belum, sila download MUZAKARAH 6 SIFAT JAN 2011 untuk dibaca dan dihafal semasa amal taalim rumah dan usahakan agar 6 sifat mulia ini dapat kita amalkan dalam kehidupan kita. Amin.

Jika terdapat kekurangan atau kesilapan boleh tuan tegur ya.

MUZAKARAH 6 SIFAT SAHABAH